Dalam budaya popular Kek_pisang

Kek pisang sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana rasanya yang sedap dan manis. Ia juga sering dihidangkan dalam jamuan pejabat atau semasa mesuarat kerana ia mudah dihidangkan, tahan lama, tidak melekit atau mengotorkan dan rasanya juga sedap.

Pada masa kini, adunan kek pisang segera juga dijual di pasaraya dan boleh dihasilkan dengan mudah, dengan hanya menambah air dan telur sebelum dibakar. Ia biasanya dijual dalam paket kedap udara sebelum dimasukkan dalam kotak.